PERBEZAAN ANTARA DAN DI ANTARA
Antara
- Kata sendi nama
- kata kunci - pendapat
- berbincang
- perjanjian
Contoh ayat :
1. Tiada perbezaan pun antara pendapat saya dengan pendapatnya.
2. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak telah selesai.
3. Perjanjian yang dibuat antara kedua-dua buah negara itu telah ditandatangani
semalam.
Di antara
- merujuk kepada tempat atau arah
Contoh ayat :
1. Rumah itu berada di antara padang bola dengan kedai runcit.
2. Farhan duduk di antara Kamil dengan Hans di dalam kelasnya.
Bahasa Melayu, contoh karangan, rangka karangan, karangan cerita, karangan fakta, karangan laporan, isi-isi karangan, nota bahasa, kata nama, kata pemeri, kata adjektif, golongan kata, ayat, bahagian ulasan nilai
Ahad, 9 Mac 2014
BAHASA MELAYU BAHAGIAN A
Tulis lima
ayat lengkap tentang peta.
1
Terdapat
tiga penginapan yang disediakan di Kampung sentosa iaitu Hotel Sentosa,
Sentosa Inn, dan Seri Sentosa Resort.
2
Sentosa
Inn, Pantai Sentosa dan Seri Sentosa Resort terletak di Jalan Sentosa.
3
Hutan
Rekreasi Seri Sentosa menyediakan tapak perkhemahan untuk pengunjung.
4
Pantai
Seri Sentosa yang cantik itu terletak di antara Sentosa Inn dengan Seri Sentosa
Resort.
5
Banyak
kemudahan yang disediakan di kawasan pelancongan di Kampung Sentosa seperti
resort, hotel , masjid dan perkhidmatan bas.
KARANGAN LENGKAP -LAPORAN
Kamu telah
menyertai lawatan sambil belajar ke pameran buku. Sebagai setiausaha Persatuan
Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PAMERAN BUKU
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Air Baruk telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku. Lawatan
itu telah diadakan pada 12 Februari 2014 bersamaan hari Selasa. Lawatan ke
pameran buku itu diadakan di ruang legar pusat beli- belah Mydin yang terletak
di Bandar Jasin. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki
bas sekolah. Seramai 40 orang murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun
4 , 5 dan 6 serta empat orang guru pengiring telah menyertai lawatan itu.
Tujuan lawatan itu diadakan adalah
untuk memberi peluang murid-murid menyertai lawatan sambil belajar dan
mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan dan guru. Selain itu, lawatan ini
dapat menanam minat murid dalam membaca pelbagai jenis buku.
Dalam pameran itu, pelbagai jenis
buku telah dipamerkan kepada para pengunjung. Antara buku-buku itu ialah buku
fiksyen dan bukan fiksyen. Buku fiksyen seperti buku-buku cerita paling banyak
dipamerkan manakala buku bukan fiksyen ialah buku berbentuk ilmiah seperti sejarah , buku ensiklopedia dan
lain-lain turut menghiasi rak buku di pameran itu.Kebanyakannya penerbit dan
penjual buku datang dari seluruh Malaysia.
Selain pameran buku, ada juga
gerai-gerai jualan buku terpakai dan
jualan buku baru. Penerbit dan penjual buku juga datang dari seluruh Malaysia.
Para pengunjung diberi diskaun sebanyak 25 peratus daripada harga asal. Harga
itu sangat murah berbanding dengan harga di kedai-kedai buku. Di kesempatan itu
juga, kami turut diberi masa untuk membeli buku. Kebanyakannya membeli buku
cerita dan majalah kartun. Harga kedua-dua buah buku itu ialah RM10.00.
Selain gerai jualan, ada juga
pertandingan untuk memeriahkan lagi pameran buku . Antara pertandingan yang
diadakan ialah pertandingan bercerita kanak-kanak, pertandingan mewarna kulit
buku dan pertandingan ejaan bahasa Inggeris. Kami telah menyertai pertandingan
ejaan bahasa Inggeris. Kami berasa seronok walaupun kami tidak menang tempat
pertama. Hadiah yang kami dapat ialah sebuah buku cerita bahasa Inggeris.
Lawatan ini memang menyeronokkan
kami. Semangat untuk kami membaca semakin mendalam. Kami juga berharap agar
pameran buku diteruskan dari masa ke masa untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan masyarakat.
Laporan
disediakan oleh, 15
Februari 2014
Hanis
(
HANIS SURAYA BINTI MOHD )
Setiusaha
Persatuan Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU TAHUN 6 -RANGKA KARANGAN LAPORAN
Kamu telah
menyertai lawatan sambil belajar ke pameran buku. Sebagai setiausaha Persatuan
Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan
itu selengkapnya.
FORMAT
LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAMERAN BUKU
Atau
Laporan
Lawatan Sambil Belajar Ke Pameran Buku
Pendahuluan
-
Bila
lawatan itu diadakan ?
·
Hari
Selasa bersamaan pada 12 Februari 2014
-
Di
mana lawatan itu ?
·
Di
ruang legar pusat beli-belah Mydin di Bandar Jasin
-
Pukul
berapa bertolak dari sekolah ?
·
Pukul
8.30 pagi
-
Menaiki
apa ?
·
Bas
sekolah
-
Berapa
orang peserta dan guru pengiring ?
·
40
orang murid dari tahap dua tahun 4, 5 dan 6 serta empat orang guru pengiring.
Isi 1
perenggan 2
-
Apa
tujuan lawatan itu diadakan ?
·
Memberi
peluang murid-murid menyertai lawatan itu dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama
rakan.
·
Selain
itu, menanamkan minat murid untuk membaca pelbagai jenis buku.
Isi 2
Perenggan 3
-
Apa
yang menarik di pameran itu ?
·
Pelbagai
jenis buku dipamerkan seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen.
-
Apa
contohnya?
·
Contoh
buku fiksyen ialah buku-buku cerita manakala buku bukan fiksyen ialah buku
berbentuk ilmiah seperti sejarah, ensiklopedia dan lain-lain.
-
Dari
mana datangnya buku-buku yang dipamerkan itu ?
·
Buku-buku
itu datang daripada penjual dan penerbit yang berbeza dari seluruh Malaysia.
Isi 3
Perenggan 4
-
Apa
lagi yang ada di sana ?
·
Ada
juga gerai jualan buku terpakai dan buku baru.
-
Dari
mana ?
·
Penerbit
dan penjual yang datang dari seluruh Malaysia.
-
Bagaimana
harganya?
·
Pengunjung
diberi 25 peratus diskaun .
·
Sangat
murah berbanding membeli buku di kedai-kedai buku.
-
Apa
buku yang kamu dan rakan beli ?
·
Kami
membeli buku cerita dan majalah kartun.
-
Harganya
berapa ?
·
RM10.00
kedua-dua buah buku itu.
Isi 4
Perenggan 5
-
Apa
aktiviti yang ada di pameran itu ?
·
Pertandingan
bercerita kanak-kanak
·
Pertandingan
mewarna kulit buku
·
Pertandingan
ejaan bahasa Inggeris.
-
Bagaimana
sambutannya ?
·
Sangat
meriah.
-
Kamu
dan rakan masuk pertandingan apa ?
·
Kami
masuk pertandingan ejaan bahasa Inggeris.
-
Apa
perasaan ?
·
Seronok
walaupun tidak menang.
Penutup
-
Lawatan
ini memang menyeronokkan kami. Semangat untuk kami membaca semakin mendalam.
Kami juga berharap agar pameran buku diteruskan dari masa ke masa untuk memupuk
budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Laporan
disediakan oleh, 15
Februari 2014
Hanis
(
HANIS SURAYA BINTI MOHD )
Setiusaha
Persatuan Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU TAHUN 6 - RANGKA KARANGAN CATATAN
Pada cuti
sekolah yang lalu, kamu berpeluang bercuti bersama-sama keluarga kamu di tempat yang
menarik. Tulis catatan kamu tentang percutian itu.
Format
Sabtu, 2
Disember 2013,
Pendahuluan
-
Pukul
berapa bertolak dari rumah ? – Pukul
8.30 pagi.
-
Ke
mana tempatnya ?- Ke Terengganu
-
Pergi
naik apa ?- menaiki kereta Wira yang dipandu oleh ayah.
-
Bagaimana
perasaan – Berasa sangat seronok dan teruja.
-
Kenapa
berasa seronok ?- Dapat bercuti bersama-sama keluarga tersayang.
Isi 1
perenggan 2
-
Pukul
berapa tiba di Kuala Terengganu ?- Tiba pada pukul 6.30 petang.
-
Menginap
di mana ?- Menginap di Resort Puteri
-
Di
mana letaknya ?- Di tepi pantai Batu Buruk.
-
Bagaimana
keadaan resort itu ?- Sungguh cantik ukiran kayunya dan sangat selesa.
-
Ada
kemudahan apa ?- Dilengkapi dengan televisyen, astro, talian internet.
-
Bagaimana
reaksi kamu dan keluarga?- berpuas hati.
Ahad, 3 Disember 2013
Isi 2 Perenggan 3
-
Di
mana tempat lawatan ?- Melawat Muzium Negeri Terengganu.
-
Apa
menariknya muzium itu ?- Mempunyai batu bersurat yang bertulisan jawi.
-
Apa ada di dalam muzium itu ?- Mempunyai
banyak galeri seperti Galeri DIraja, Galeri Sejarah.
-
Apa
yang kamu dapat di situ ?- pengetahuan tentang sejarah negeri Terengganu.
Isi 3 Perenggan 4
-
Mana
tempat lawatan lagi ?- Pergi ke tempat
mencanting dan mengecap batik.
-
Di
mana ?- Di kawasan perkampungan .
-
Apa
yang ada di situ ?- jualan batik
-
Bagaimana
harganya- sangat murah berbanding di tempat lain.
-
Bagaimana
coraknya ?- Cantik cantik dan unik. Kebanyakannya bercorakkan flora
Isnin, 4
Disember 2013
Isi 4 Perenggan 5
-
Mana
lagi tempat lawatan ? – Ke kilang membuat keropok lekor.
-
Di
mana ?- juga di kawasan perkampungan nelayan.
-
Apa
pengalaman di sana ?- diberi peluang mencuba membuat keropok dan merasa keropok
-
Apa
rasanya- terasa ikan segar .
-
Bagaimana
perasaan ? – Seronok .
Penutup
-
Kami
berasa kagum akan keunikan yang ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum
perempuan yang lebih ramai berniaga daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik
oleh layanan masyarakat setempat yang begitu ramah melayan setiap pelancong
yang datang ke negeri mereka.
BAHASA MELAYU TAHUN 6 - KARANGAN CATATAN
Pada cuti
sekolah yang lalu, kamu berpeluang bercuti bersama-sama keluarga kamu di tempat yang
menarik. Tulis catatan kamu tentang percutian itu.
Sabtu,
2 Disember 2013,
Tepat pada pukul 8.30 pagi , saya dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke
Kuala Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu
oleh ayah. Saya berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat bercuti
bersama-sama keluarga tersayang.
Kami
tiba di Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang. Ayah terus memandu ke Resort
Puteri . Resort itu terletak di tepi
pantai Batu Buruk. Apabila kami tiba di sana, kami terpesona dengan keunikan
resort itu. Resort itu sungguh cantik dengan ukiran kayunya yang unik. Kami
berasa sungguh selesa menginap di sana. Pelbagai kemudahan telah disediakan
seperti televisyen, astro, talian Internet dan lain-lain. Kami sungguh berpuas
hati dengan resort itu.
Ahad, 3 Disember 2013
Tempat
lawatan pertama kami ialah di Muzium Negeri Terengganu. Muzium itu menyimpan
semua sejarah negeri Terengganu . Di situ juga ada tersimpan batu bersurat yang
bertulisan jawi. Di dalam muzium itu juga ada banyak galeri seperti Galeri
Diraja, Galeri Sejarah dan lain-lain. Di situ, para pengunjung tidak dibenarkan
merakam gambar. Setelah melihat dan membaca catatan yang ada di dalam muzium
itu, saya dapat banyak pengetahuan sejarah Negeri Terengganu.
Selain
muzium, kami juga melawat ke tempat mencanting dan mengecap batik. Tempat itu
terletak di kawasan perkampungan. Selain mencanting dan mengecap batik, ada
juga jualan batik. Harganya juga sangat murah berbanding di tempat lain. Corak
batik yang dicap dan decanting itu sangat cantik-cantik dan unik belaka.
Kebanyakannya bercorakkan flora.
Sebelum
pulang, kami sempat melawat ke kilang memproses dan membuat keropok lekor. Kilang itu terletak di kawasan
perkampungan nelayan.Saya juga diberi peluang mengadun tepung bersama dengan
ikan untuk membuat keropok lekor. Selain itu, kami juga merasa keropok lekor
asli. Memang sedap. Terasa ikannya yang segar. Saya begitu seronok sepanjang
lawatan bersama dengan keluarga di sana.
Kami berasa kagum akan keunikan yang
ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum perempuan yang lebih ramai berniaga
daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik oleh layanan masyarakat setempat yang
begitu ramah melayan setiap pelancong yang datang ke negeri mereka.
BAHASA MELAYU TAHUN 4
LATIHAN
Baca petikan , kemudian senaraikan idea utama berdasarkan idea sampingan yang diberikan.
Idea utama
|
Idea sampingan
|
1. Sehubungan dengan
itu, kita perlu menjaga kesihatan diri.
|
|
1 Tubuh kita akan
cergas dan minda kita menjadi cerdas.
|
|
1 seperti karbohidrat, protein, vitamin dan garam
galian.
2. Oleh yang demikian,
kita perlu mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
3. Apatah lagi, makanan
seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan
penyakit.
|
|
1 Aktiviti riadah
sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang.
2 Hal ini demikian, kerana
mereka selalu menjadikan kesibukan
sebagai alasan.
3 Akibatnya tubuh
badan mereka lemah dan selalu sakit.
|
|
1 Sesungguhnya,
aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang
masa.
|
BAHASA MELAYU TAHUN 4
Baca petikan , kemudian senaraikan idea utama dan idea sampingan.
Idea utama
|
Idea sampingan
|
1. Aktiviti riadah
biasanya dilakukan pada waktu senggang.
|
1.Terdapat pelbagai
aktiviti riadah seperti bersukan, bergotong-royong dan berbasikal.
2. Amalan beriadah
dengan anggota keluarga mendatangkan banyak faedah kepada kita.
|
2. Antara kepentingan
aktiviti riadah termasuklah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
|
1. Sebagai contohnya,
ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihati anak-anak tentang nilai
murni dalam kehidupan seharian.
|
3. Aktiviti riadah
juga dapat melahirkan institusi keluarga yang bahagia.
|
1. Hal ini demikian
kerana adanya aktiviti seperti berkelah atau bersantai, anggota keluarga akan
berkumpul bersama-sama, terutamanya pada hujung minggu.
2. Apabila anggota
keluarga berkumpul, segala masalah boleh dibincangkan, sekali gus masalah
tersebut dapat dikurangkan.
3. Jadi, jelaslah di
sini bahawa sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia akan dapat
diwujudkan melalui aktiviti riadah
.
|
3. Aktiviti beriadah
bersama-sama dengan keluarga juga dapat menyihatkan badan kita.
|
1. Pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing
manis dan darah tinggi dapat dielakkan.
2. Badan yang sihat
akan menyebabkan otak kita cerdas.
|
4. Kesimpulannya,
dengan adanya aktiviti riadah , hubungan dalam kalangan anggota keluarga akan
menjadi rapat.
|
1. Aktiviti ini harus
digalakkan agar masyarakat dapat hidup aman dan makmur.
2. Tambahan pula,
kerajaan telah mengisytiharkan bulan November sebagai Bulan Keluarga
Kebangsaan.
|
Khamis, 27 Februari 2014
LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 KEMAHIRAN 1.3.2
Baca diolog
dan beri respon terhadap soalan tanpa kata Tanya.
Lim : Hai, Melor! . Awak sihat ?
Melor :
_______________________________________________________________
Lim : Esok, sekolah kita mengadakan ceramah
kesihatan. Tahukah awak tentang cara-cara menjaga kesihatan diri ?
Melor : Tahu. Cara-caranya ialah kita mesti ______________________________
____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Lim : Wah, banyak maklumat yang awak dapat!.
Boleh saya tahu awak baca daripada
mana
?
Melor :
___________________________________________________________
_____________________________________________________________
Lim :
Kalau begitu, boleh saya pinjam buku awak ?
Melor : ______________________________. Adakah awak
selalu bersenam ?
Lim : ______________________. Saya bersenam di
__________________________.
Melor : Bersenam banyak faedahnya. Awak tahu
faedahnya ?
Lim : ___________________________.Bersenam
dapat _________________________
__________________________________________________________________.
Melor : Loceng pun sudah berbunyi . Marilah kita ke
kelas.
Sabtu, 22 Februari 2014
KATA PEMERI
Dua jenis kata pemeri :
1. Adalah - Digunakan untuk frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama.
Contoh ayat : Hobi saya adalah membaca buku.
( frasa kerja )
: Baju itu adalah untuk ibu sempena hari jadinya.
( Frasa sendi nama )
: Perbelanjaan membina rumah itu adalah terlalu besar.
( Frasa adjektif )
Adalah juga boleh wujud bersama dengan kata nafi dan kata adjektif.
Contoh ayat : Alasan yang dikemukakan itu adalah tidak munasabah.
** tidak ( kata nafi )
** munasabah ( kata adjektif )
Adalah tidak boleh wujud pada permulaan ayat.
Contoh : Adalah dimaklumkan sekolah akan bercuti esok. ( Salah )
Sepatutnya : Dengan ini dimaklumkan sekolah akan bercuti esok.
ATAU
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti esok.
Ialah - Digunakan untuk frasa nama.
Contoh : Bangunan di hadapan sekolah kami itu ialah pusat belia kampung kami.

Jumaat, 21 Februari 2014
CONTOH KARANGAN CERITA PENGALAMAN
Kamu telah
mengikuti Program Motivasi UPSR yang di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu
semasa mengikuti program tersebut.
Pada hari Sabtu
bersamaan 10 Februari 2014, sekolah saya telah mengadakan Program Motivasi
UPSR. Program itu diadakan di Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Program
itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Penceramah program itu ialah Puan Marhaini, Guru Kaunseling sekolah saya.
Peserta yang menyertai program
ini terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan
UPSR pada bulan September nanti. Saya berasa sangat seronok dan gembira kerana
dapat menyertai program ini. Program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi
kepada kami untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam UPSR. Selain itu,
program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang teknik
belajar.
Antara aktiviti yang dijalankan
dalam program itu ialah ceramah tentang teknik belajar. Puan Marhaini
menerangkan teknik belajar menggunakan peta minda. Kaedah peta minda ini
digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan. Peta minda memudahkan kami
mengingati fakta .
Selain itu, kami juga diberikan
latihan dalam kumpulan. Seramai 10 orang dalam satu kumpulan. Sebanyak 8 kumpulan telah ditubuhkan. Pemudah cara
aktiviti ini ialah guru-guru mata pelajaran teras. Dalam aktiviti latihan dalam
kumpulan, kami diberi tugasan untuk membina peta minda yang berwarna –warni.
Sepanjang program itu, saya
dapat banyak pengalaman manis. Antaranya , saya diberi peluang membentangkan
hasil perbincangan . Pada mulanya saya berasa takut. Setelah diberi semangat
oleh ahli kumpulan , saya berasa yakin. Puan Marhaini memuji saya dan
rakan-rakan membentangkan hasil perbincangan dengan penuh keyakinan.
Saya berharap , saya dapat menggunakan teknik
belajar yang diberikan oleh Puan Marhaini dalam program itu. Program Motivasi
UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah belajar yang betul kepada saya.
CONTOH KARANGAN KEPERIHALAN ( CERITA )
RANGKA KARANGAN
Kamu telah
mengikuti Program Motivasi UPSR yang di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu
semasa mengikuti program tersebut.
Pendahuluan
-
Bila
diadakan? – Hari Sabtu
-
Berapa
haribulan – 10 Februari
**
masukkan bersamaan ( pada hari Sabtu bersamaan 10 Februari)
-
Di mana
?- Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air Baruk.
-
Pukul
berapa ? – Dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari
-
Siapa
penceramah ?- Guru kaunseling – Puan Marhaini
Isi 1 Perenggan 2
-
Berapa
orang peserta ?- 80 orang murid tahun 6
-
Bagaimana
perasaan ?- Gembira dan seronok.
-
Apa
tujuan program itu ?- memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha
mencapai kejayaan
dalam
UPSR
Selain itu, memberi pendedahan kepada kami
tentang teknik belajar.
Isi
2 Perenggan 3
-
Apa
aktiviti dijalankan ? –Teknik belajar.
-
Apa
caranya ?- Guna peta minda
-
Bagaimana
?- Kaedah peta minda digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan .
-
Kenapa
?- Kami mudah ingat fakta .
Isi 3 Perenggan 4
-
Apa
aktiviti lain ?- Latihan dalam kumpulan
-
Berapa
ramai ahli kumpulan ?- 10 orang satu kumpulan . Ada lapan kumpulan
-
Siapa
pemudah cara? – guru-guru tahun 6 setiap mata pelajaran
-
Apa
aktiviti yang dijalankan ?- membina peta minda yang berwarna-warni
Isi 4 Perenggan 5
-
Apa
pengalaman yang manis kamu ?- Diberi peluang membentangkan hasil perbincangan.
-
Apa
perasaan ? – Mula –mula takut , setelah diberi semangat oleh ahli kumpulan ,
saya berasa yakin .
-
Bagaimana
pandangan motivator ?- Puan Marhaini memuji kebolehan saya dan rakan-rakan membentangkan hasil perbincangan dengan penuh
keyakinan
Penutup
Saya berharap , saya dapat
menggunakan teknik belajar yang diberikan oleh Puan Marhaini dalam program itu.
Program Motivasi UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah belajar yang betul kepada saya.
MULA PEGANG JAWATAN
2009, aku menjadi guru penyelaras ICT dan makmal komputer. Dalam tahun yang sama juga aku menjadi guru kelas tahun 5 Nilam di Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Semasa aku menjadi guru kelas, ada sahaja teguran-teguran daripada Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Maklumlah tahun pertama pegang guru kelas. Yang paling kelakar, aku padamkan maklumat murid yang salah dalam buku rekod kedatangan menggunakan liquid paper. Kemudian aku tampalkan nama murid . Em.. memang patutlah aku kena tegur.
Menjadi guru makmal komputer memang seronok. daripada buta ICT langsung celik ICT. Sekolahku tiada pusat akses , maknanya tiadalah juruteknik komputer. Peluang aku mendalami komputer begitu cerah. daripada masalah teknikal hinggalah ke pemprosesan maklumat dan penggunaan hamparan elektronik . Juruteknik daripada PKG dan pusat akses sekolah lain banyak membantuku.
Pada mulanya, komputer sekolahku itu versi windows98. Punyalah lembab programnya. Setelah perbincangan bersama pihak pentadbir dan juga pengurusan PKG, aku dibantu oleh skuad juruteknik komputer untuk menukar windows XP. Yahoo.. komputer tidak lagi lembab macam kura-kura.
Tahun itu juga, Program Zoom A sekolahku bermula. Setelah aku dimarahi oleh pegawai PPD Jasin di bawah unit ICT kerana tidak menjalankan Zoom A. Mengalir air mata hangatku membasahi pipiku. Tahun itu, merupakan tahun pertama aku menjadi guru ICT dan memegang bilik khas makmal komputer. Pegawai itu tidak menerima alasanku guru baru, malah katanya program perlu dijalankan.
Dengan tekad dan semangatku, aku memperbaik kelemahan diri . Syukur, program Zoom A, mendapat sambutan yang hangat setelah aku memaklumkan kepada murid-murid. Dengan kutipan RM10 , aku mendaftarkan muridku Zoom A. Penggunaan di luar jangkaan. Ramai yang melanggannya. Syukur.. berkat kegigihan dan ketabahanku, aku mampu menjayakan program itu di sekolahku. Kini, aku sudah menggantikan orang lain setelah hampir 4 tahun aku menjadi guru ICT.

TAHUN PERTAMA MENJADI GURU TAHUN 6
2010, aku menjadi guru Bahasa Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Tika itu, muridku hanyalah 28 orang. Kelas yang kupegang itu, merupakan kelas lemah. Sebenarnya aku telahpun mengajar di kelas itu sejak 2009 lagi yang mana tahun itu merupakan tahun pertamaku di sekolah itu.
Pada mulanya, aku sedikit risau dan takut. Maklum sahajalah kelas peperiksaan. Aku cuba mendalami ilmu bahasa Melayu dengan merujuk Munsyi Dewan dan berpandukan Tatabahasa Dewan. Aku belajar sedikit demi sedikit teknik untuk murid lulus. Tika itu, ramai rakan guru yang sudah lama mengajar memberikan tunjuk ajar.
November 2010, keputusan UPSR diumumkan. Akulah insan yang paling berdebar-debar. "Dup..dup.." jantungku berdegup kencang bagaikan ribut taufan. Di bilik muafakat, Guru Besar ketika itu Cikgu A. Rahim bin Che'Lah mengumumkan keputusan sekolahku. Kelasku seramai 11 orang mendapat 2A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Tika itu, berderai air mataku. Aku memanjat kesyukuran kepada ilahi. Sesungguhnya dengan izin-Nya jualah anak muridku cemerlang dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Terasa kepuasannya aku mengajar mereka.

DI SINILAH AKU MENJADI GURU
2003, aku telah pun digraduasikan sebagai lulusan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sastera ( Sejarah ). Tika itu, aku baru sahaja berusia 25 tahun. Aku mula mencari pekerjaan. Ketika itu, aku masih lagi mendiami kondominum Vista Angkasa di Kampung Kerinchi. Dek kerana aku dalam kalangan keluarga yang susah, aku terpaksa mencari pekerjaan demi menyara kehidupanku di kota raya yang penuh dengan hiburan. Ditambah lagi aku sebagai anak sulung kepada 11 orang adik- beradikku.
Pekerjaan pertamaku , di Bank Southern di Jalan Raja Laut sebagai kerani biasa. Pada mulanya memang seronok. Lama kelamaan, hatiku mula dihambat rasa bosan. Manakan tidaknya , berhawa dingin dan hanya duduk selama 8 jam. Lebih kurang tiga bulan aku bekerja di sana , aku menghantar notis berhenti kerja 24 Jam. Gajinya tidaklah seberapa. Tapi cukuplah untuk aku mengisi perut di kota raya itu. Sebaik sahaja aku berhenti kerja, aku menjadi guru tuisyen.
Kelas tuisyenku di Subang Jaya. Setiap malam, kira-kira pukul 8.00 malam aku menaiki teksi ke sana.Dalam pada itu, aku juga menelefon mana-mana sekolah yang inginkan guru sementara atau guru ganti. Brita baik, aku menjadi guru ganti Sekolah Menengah Jinjang Utara. Hampir setahun juga aku menjadi guru ganti.
2004, aku menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaaan Jinjang Utara. Aku mengajar Bahasa Melayu tahun 4 dan 5. Hatiku bagaikan bunga yang mekar, seronok berhadapan dengan kanak-kanak. Tika itu, aku masih lagi tinggal di kondomium yang sewanya RM1500 sebuah. Aku tinggal seramai15 orang. Padat macam tin ikan sardin. Pagi-pagi lagi aku sudah keluar menaiki bas Metrobus. Aku solat subuh di surau sekolah.
2005 , aku ditawarkan ke Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( LPBS ). Program itu pertama kali dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Abdullah bin Ahmad Badawi yang ketika iu mnjadi Perdana Menteri Malaysia.Kini, program itu tiada lagi . Hanya tinggal program J-Qaf sahaja. Selama setahun 18 bulan aku belajar dan menjadi guru .
2006, aku digraduasikan sebagai guru lepasan maktab. Mengajar di Sekolah Kebangsaan Jinjang Utara . Perkhidmatanku di sana selama 4 tahun hinggalah aku bertukar ke Melaka di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin kerana suamiku berada di sana.
Kini, sudah hampir 9 tahun aku bergelar guru. Opsyenku Bahasa Melayu. Aku makin seronok dengan kerjayaku sebagai pendidik.

Langgan:
Catatan (Atom)