Jumaat, 21 Februari 2014

MULA PEGANG JAWATAN

2009, aku menjadi guru penyelaras ICT dan makmal komputer. Dalam tahun yang sama juga aku menjadi guru kelas tahun 5 Nilam di Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Semasa aku menjadi guru kelas, ada sahaja teguran-teguran daripada Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Maklumlah tahun pertama pegang guru kelas. Yang paling kelakar, aku padamkan maklumat murid yang salah dalam buku rekod kedatangan menggunakan liquid paper. Kemudian aku tampalkan nama murid . Em.. memang patutlah aku kena tegur.

Menjadi guru makmal komputer memang seronok. daripada buta ICT langsung celik ICT. Sekolahku tiada pusat akses , maknanya tiadalah juruteknik komputer. Peluang aku mendalami komputer begitu cerah. daripada masalah teknikal hinggalah ke pemprosesan maklumat dan penggunaan hamparan elektronik . Juruteknik daripada PKG dan pusat akses sekolah lain banyak membantuku.

Pada mulanya, komputer sekolahku itu versi windows98. Punyalah lembab programnya. Setelah perbincangan bersama pihak pentadbir dan juga pengurusan PKG, aku dibantu oleh skuad juruteknik komputer untuk menukar windows XP. Yahoo.. komputer tidak lagi lembab macam kura-kura.

Tahun itu juga, Program Zoom A sekolahku bermula. Setelah aku dimarahi oleh pegawai PPD Jasin di bawah unit ICT kerana tidak menjalankan Zoom A. Mengalir air mata hangatku membasahi pipiku. Tahun itu, merupakan tahun pertama aku menjadi guru ICT dan memegang bilik khas makmal komputer. Pegawai itu tidak menerima alasanku guru baru, malah katanya program perlu dijalankan.

Dengan tekad dan semangatku, aku memperbaik kelemahan diri . Syukur, program Zoom A, mendapat sambutan yang hangat setelah aku memaklumkan kepada murid-murid. Dengan kutipan RM10 , aku mendaftarkan muridku Zoom A. Penggunaan di luar jangkaan. Ramai yang melanggannya. Syukur.. berkat kegigihan dan ketabahanku, aku mampu menjayakan program itu di sekolahku. Kini, aku sudah menggantikan orang lain setelah hampir 4 tahun aku menjadi guru ICT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan