Kamu telah
mengikuti Program Motivasi UPSR yang di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu
semasa mengikuti program tersebut.
Pada hari Sabtu
bersamaan 10 Februari 2014, sekolah saya telah mengadakan Program Motivasi
UPSR. Program itu diadakan di Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Program
itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Penceramah program itu ialah Puan Marhaini, Guru Kaunseling sekolah saya.
Peserta yang menyertai program
ini terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan
UPSR pada bulan September nanti. Saya berasa sangat seronok dan gembira kerana
dapat menyertai program ini. Program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi
kepada kami untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam UPSR. Selain itu,
program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang teknik
belajar.
Antara aktiviti yang dijalankan
dalam program itu ialah ceramah tentang teknik belajar. Puan Marhaini
menerangkan teknik belajar menggunakan peta minda. Kaedah peta minda ini
digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan. Peta minda memudahkan kami
mengingati fakta .
Selain itu, kami juga diberikan
latihan dalam kumpulan. Seramai 10 orang dalam satu kumpulan. Sebanyak 8 kumpulan telah ditubuhkan. Pemudah cara
aktiviti ini ialah guru-guru mata pelajaran teras. Dalam aktiviti latihan dalam
kumpulan, kami diberi tugasan untuk membina peta minda yang berwarna –warni.
Sepanjang program itu, saya
dapat banyak pengalaman manis. Antaranya , saya diberi peluang membentangkan
hasil perbincangan . Pada mulanya saya berasa takut. Setelah diberi semangat
oleh ahli kumpulan , saya berasa yakin. Puan Marhaini memuji saya dan
rakan-rakan membentangkan hasil perbincangan dengan penuh keyakinan.
Saya berharap , saya dapat menggunakan teknik
belajar yang diberikan oleh Puan Marhaini dalam program itu. Program Motivasi
UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah belajar yang betul kepada saya.
Terima kasih. :)
BalasPadam