Jumaat, 21 Februari 2014

DI SINILAH AKU MENJADI GURU

2003, aku telah pun digraduasikan sebagai lulusan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sastera ( Sejarah ). Tika itu, aku baru sahaja berusia 25 tahun. Aku mula mencari pekerjaan. Ketika itu, aku masih lagi mendiami kondominum Vista Angkasa di Kampung Kerinchi. Dek kerana aku dalam kalangan keluarga yang susah, aku terpaksa mencari pekerjaan demi menyara kehidupanku di kota raya yang penuh dengan hiburan. Ditambah lagi aku sebagai anak sulung kepada 11 orang adik- beradikku.

Pekerjaan pertamaku , di Bank Southern di Jalan Raja Laut sebagai kerani biasa. Pada mulanya memang seronok. Lama kelamaan, hatiku mula  dihambat rasa bosan. Manakan tidaknya , berhawa dingin dan hanya duduk selama 8 jam. Lebih kurang  tiga bulan  aku bekerja di sana , aku menghantar notis berhenti kerja 24 Jam. Gajinya tidaklah seberapa. Tapi cukuplah untuk aku mengisi perut di kota raya itu. Sebaik sahaja aku berhenti kerja, aku menjadi guru tuisyen.

Kelas tuisyenku di Subang Jaya. Setiap malam, kira-kira pukul 8.00 malam aku menaiki teksi ke sana.Dalam pada itu, aku juga menelefon mana-mana sekolah yang inginkan guru sementara atau guru ganti. Brita baik, aku menjadi guru ganti Sekolah Menengah Jinjang Utara. Hampir setahun juga aku menjadi guru ganti.

2004, aku menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaaan Jinjang Utara. Aku mengajar Bahasa Melayu tahun 4 dan 5. Hatiku bagaikan bunga yang mekar, seronok berhadapan dengan kanak-kanak. Tika itu, aku masih lagi tinggal di kondomium yang sewanya RM1500 sebuah. Aku tinggal seramai15 orang. Padat macam tin ikan sardin. Pagi-pagi lagi aku sudah keluar menaiki bas Metrobus. Aku solat subuh di surau sekolah.

2005 , aku ditawarkan ke Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( LPBS ). Program itu pertama kali dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Abdullah bin Ahmad Badawi yang ketika iu mnjadi Perdana Menteri Malaysia.Kini, program itu tiada lagi . Hanya tinggal program J-Qaf sahaja. Selama setahun 18 bulan aku belajar dan menjadi guru .

2006, aku digraduasikan sebagai guru lepasan maktab. Mengajar di Sekolah Kebangsaan Jinjang Utara . Perkhidmatanku di sana selama 4 tahun hinggalah aku bertukar ke Melaka di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin kerana suamiku berada di sana.

Kini, sudah hampir 9 tahun aku bergelar guru. Opsyenku Bahasa Melayu. Aku makin seronok dengan kerjayaku sebagai pendidik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan