Pada cuti
sekolah yang lalu, kamu berpeluang bercuti bersama-sama keluarga kamu di tempat yang
menarik. Tulis catatan kamu tentang percutian itu.
Sabtu,
2 Disember 2013,
Tepat pada pukul 8.30 pagi , saya dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke
Kuala Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu
oleh ayah. Saya berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat bercuti
bersama-sama keluarga tersayang.
Kami
tiba di Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang. Ayah terus memandu ke Resort
Puteri . Resort itu terletak di tepi
pantai Batu Buruk. Apabila kami tiba di sana, kami terpesona dengan keunikan
resort itu. Resort itu sungguh cantik dengan ukiran kayunya yang unik. Kami
berasa sungguh selesa menginap di sana. Pelbagai kemudahan telah disediakan
seperti televisyen, astro, talian Internet dan lain-lain. Kami sungguh berpuas
hati dengan resort itu.
Ahad, 3 Disember 2013
Tempat
lawatan pertama kami ialah di Muzium Negeri Terengganu. Muzium itu menyimpan
semua sejarah negeri Terengganu . Di situ juga ada tersimpan batu bersurat yang
bertulisan jawi. Di dalam muzium itu juga ada banyak galeri seperti Galeri
Diraja, Galeri Sejarah dan lain-lain. Di situ, para pengunjung tidak dibenarkan
merakam gambar. Setelah melihat dan membaca catatan yang ada di dalam muzium
itu, saya dapat banyak pengetahuan sejarah Negeri Terengganu.
Selain
muzium, kami juga melawat ke tempat mencanting dan mengecap batik. Tempat itu
terletak di kawasan perkampungan. Selain mencanting dan mengecap batik, ada
juga jualan batik. Harganya juga sangat murah berbanding di tempat lain. Corak
batik yang dicap dan decanting itu sangat cantik-cantik dan unik belaka.
Kebanyakannya bercorakkan flora.
Sebelum
pulang, kami sempat melawat ke kilang memproses dan membuat keropok lekor. Kilang itu terletak di kawasan
perkampungan nelayan.Saya juga diberi peluang mengadun tepung bersama dengan
ikan untuk membuat keropok lekor. Selain itu, kami juga merasa keropok lekor
asli. Memang sedap. Terasa ikannya yang segar. Saya begitu seronok sepanjang
lawatan bersama dengan keluarga di sana.
Kami berasa kagum akan keunikan yang
ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum perempuan yang lebih ramai berniaga
daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik oleh layanan masyarakat setempat yang
begitu ramah melayan setiap pelancong yang datang ke negeri mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan