Ahad, 9 Mac 2014

KARANGAN LENGKAP -LAPORAN

Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke pameran buku. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAMERAN BUKU

            Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Air Baruk telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku. Lawatan itu telah diadakan pada 12 Februari 2014 bersamaan hari Selasa. Lawatan ke pameran buku itu diadakan di ruang legar pusat beli- belah Mydin yang terletak di Bandar Jasin. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah. Seramai 40 orang murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun 4 , 5 dan 6 serta empat orang guru pengiring telah menyertai lawatan itu.

            Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk memberi peluang murid-murid menyertai lawatan sambil belajar dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan dan guru. Selain itu, lawatan ini dapat menanam minat murid dalam membaca pelbagai jenis buku.

            Dalam pameran itu, pelbagai jenis buku telah dipamerkan kepada para pengunjung. Antara buku-buku itu ialah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Buku fiksyen seperti buku-buku cerita paling banyak dipamerkan manakala buku bukan fiksyen ialah buku berbentuk ilmiah  seperti sejarah , buku ensiklopedia dan lain-lain turut menghiasi rak buku di pameran itu.Kebanyakannya penerbit dan penjual buku datang dari seluruh Malaysia.

            Selain pameran buku, ada juga gerai-gerai jualan buku  terpakai dan jualan buku baru. Penerbit dan penjual buku juga datang dari seluruh Malaysia. Para pengunjung diberi diskaun sebanyak 25 peratus daripada harga asal. Harga itu sangat murah berbanding dengan harga di kedai-kedai buku. Di kesempatan itu juga, kami turut diberi masa untuk membeli buku. Kebanyakannya membeli buku cerita dan majalah kartun. Harga kedua-dua buah buku itu ialah RM10.00.

            Selain gerai jualan, ada juga pertandingan untuk memeriahkan lagi pameran buku . Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bercerita kanak-kanak, pertandingan mewarna kulit buku dan pertandingan ejaan bahasa Inggeris. Kami telah menyertai pertandingan ejaan bahasa Inggeris. Kami berasa seronok walaupun kami tidak menang tempat pertama. Hadiah yang kami dapat ialah sebuah buku cerita bahasa Inggeris.
          

            Lawatan ini memang menyeronokkan kami. Semangat untuk kami membaca semakin mendalam. Kami juga berharap agar pameran buku diteruskan dari masa ke masa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Laporan disediakan oleh,                                                              15  Februari 2014
               Hanis
( HANIS SURAYA BINTI MOHD )
Setiusaha Persatuan Bahasa Melayu



1 ulasan: