Khamis, 27 Februari 2014

LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 KEMAHIRAN 1.3.2

Baca diolog dan beri respon terhadap soalan tanpa kata Tanya.

Lim      : Hai, Melor! . Awak sihat ?
Melor   : _______________________________________________________________

Lim      : Esok, sekolah kita mengadakan ceramah kesihatan. Tahukah awak tentang cara-cara                 menjaga kesihatan diri ?

Melor   : Tahu. Cara-caranya ialah kita mesti ______________________________
             ____________________________________________________________
            _____________________________________________________________

Lim     : Wah, banyak maklumat yang awak dapat!. Boleh saya tahu awak baca daripada  
              mana ?
Melor  : ___________________________________________________________
             _____________________________________________________________

Lim     :  Kalau begitu, boleh saya pinjam buku awak ?

Melor  : ______________________________. Adakah awak selalu bersenam ?

Lim     : ______________________. Saya bersenam di __________________________.

Melor  : Bersenam banyak faedahnya. Awak tahu faedahnya ?
Lim     : ___________________________.Bersenam dapat _________________________
             __________________________________________________________________.


Melor  : Loceng pun sudah berbunyi . Marilah kita ke kelas.

Sabtu, 22 Februari 2014

KATA PEMERI

Dua jenis kata pemeri :

1. Adalah - Digunakan untuk frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama.
    Contoh ayat : Hobi saya adalah   membaca  buku.
                                                      ( frasa kerja )

                        : Baju itu adalah untuk  ibu sempena hari jadinya.
                                                  ( Frasa sendi nama )

                        : Perbelanjaan membina rumah  itu adalah terlalu besar.
                                                                                       ( Frasa adjektif )

 Adalah juga boleh wujud bersama dengan kata nafi dan kata adjektif.
Contoh ayat : Alasan yang dikemukakan  itu adalah tidak  munasabah.
          ** tidak ( kata nafi )
           ** munasabah ( kata adjektif )        

Adalah tidak boleh wujud pada permulaan ayat.
Contoh : Adalah dimaklumkan sekolah akan bercuti esok. ( Salah )
Sepatutnya : Dengan ini dimaklumkan sekolah akan bercuti esok. 
                                       ATAU 
                    Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti esok.


Ialah - Digunakan untuk frasa nama.
        
Contoh :   Bangunan di hadapan sekolah kami itu ialah pusat belia kampung kami.                                                          

Jumaat, 21 Februari 2014

CONTOH KARANGAN CERITA PENGALAMAN


Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Pada hari Sabtu bersamaan 10 Februari 2014, sekolah saya telah mengadakan Program Motivasi UPSR. Program itu diadakan di Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Program itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Penceramah program itu ialah Puan Marhaini, Guru Kaunseling sekolah saya.
                Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Saya berasa sangat seronok dan gembira kerana dapat menyertai program ini. Program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam UPSR. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang teknik belajar.
                Antara aktiviti yang dijalankan dalam program itu ialah ceramah tentang teknik belajar. Puan Marhaini menerangkan teknik belajar menggunakan peta minda. Kaedah peta minda ini digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan. Peta minda memudahkan kami mengingati fakta .
                Selain itu, kami juga diberikan latihan dalam kumpulan. Seramai 10 orang dalam satu kumpulan. Sebanyak  8 kumpulan telah ditubuhkan. Pemudah cara aktiviti ini ialah guru-guru mata pelajaran teras. Dalam aktiviti latihan dalam kumpulan, kami diberi tugasan untuk membina peta minda yang berwarna –warni.
                Sepanjang program itu, saya dapat banyak pengalaman manis. Antaranya , saya diberi peluang membentangkan hasil perbincangan . Pada mulanya saya berasa takut. Setelah diberi semangat oleh ahli kumpulan , saya berasa yakin. Puan Marhaini memuji saya dan rakan-rakan membentangkan hasil perbincangan dengan penuh keyakinan.

                 Saya berharap , saya dapat menggunakan teknik belajar yang diberikan oleh Puan Marhaini dalam program itu. Program Motivasi UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah belajar yang betul  kepada saya.

CONTOH KARANGAN KEPERIHALAN ( CERITA )

RANGKA KARANGAN

Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Pendahuluan
-       Bila diadakan? – Hari Sabtu
-       Berapa haribulan – 10 Februari
** masukkan bersamaan ( pada hari Sabtu bersamaan 10 Februari)
-       Di mana ?- Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air Baruk.
-       Pukul berapa ? – Dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari
-       Siapa penceramah ?- Guru kaunseling – Puan Marhaini

Isi 1 Perenggan 2
-       Berapa orang peserta ?- 80 orang murid tahun 6
-       Bagaimana perasaan ?- Gembira dan seronok.
-       Apa tujuan program itu ?- memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha mencapai kejayaan
                                          dalam UPSR
                                    Selain itu, memberi pendedahan kepada kami tentang teknik belajar.
Isi 2 Perenggan 3
-       Apa aktiviti dijalankan ? –Teknik belajar.
-       Apa caranya ?- Guna peta minda
-       Bagaimana ?- Kaedah peta minda digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan .
-       Kenapa ?- Kami mudah ingat fakta .

Isi 3 Perenggan 4
-       Apa aktiviti lain ?- Latihan dalam kumpulan
-       Berapa ramai ahli kumpulan ?- 10 orang satu kumpulan . Ada lapan kumpulan
-       Siapa pemudah cara? – guru-guru tahun 6 setiap mata pelajaran
-       Apa aktiviti yang dijalankan ?- membina peta minda yang berwarna-warni

Isi 4 Perenggan 5
-       Apa pengalaman yang manis kamu ?- Diberi peluang membentangkan hasil perbincangan.
-       Apa perasaan ? – Mula –mula takut , setelah diberi semangat oleh ahli kumpulan , saya berasa yakin .
-       Bagaimana pandangan motivator ?- Puan Marhaini  memuji kebolehan saya dan rakan-rakan membentangkan hasil  perbincangan dengan penuh keyakinan
    
    Penutup
      Saya berharap , saya dapat menggunakan teknik belajar yang diberikan oleh Puan Marhaini dalam program itu. Program Motivasi UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah belajar yang betul  kepada saya.

MULA PEGANG JAWATAN

2009, aku menjadi guru penyelaras ICT dan makmal komputer. Dalam tahun yang sama juga aku menjadi guru kelas tahun 5 Nilam di Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Semasa aku menjadi guru kelas, ada sahaja teguran-teguran daripada Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Maklumlah tahun pertama pegang guru kelas. Yang paling kelakar, aku padamkan maklumat murid yang salah dalam buku rekod kedatangan menggunakan liquid paper. Kemudian aku tampalkan nama murid . Em.. memang patutlah aku kena tegur.

Menjadi guru makmal komputer memang seronok. daripada buta ICT langsung celik ICT. Sekolahku tiada pusat akses , maknanya tiadalah juruteknik komputer. Peluang aku mendalami komputer begitu cerah. daripada masalah teknikal hinggalah ke pemprosesan maklumat dan penggunaan hamparan elektronik . Juruteknik daripada PKG dan pusat akses sekolah lain banyak membantuku.

Pada mulanya, komputer sekolahku itu versi windows98. Punyalah lembab programnya. Setelah perbincangan bersama pihak pentadbir dan juga pengurusan PKG, aku dibantu oleh skuad juruteknik komputer untuk menukar windows XP. Yahoo.. komputer tidak lagi lembab macam kura-kura.

Tahun itu juga, Program Zoom A sekolahku bermula. Setelah aku dimarahi oleh pegawai PPD Jasin di bawah unit ICT kerana tidak menjalankan Zoom A. Mengalir air mata hangatku membasahi pipiku. Tahun itu, merupakan tahun pertama aku menjadi guru ICT dan memegang bilik khas makmal komputer. Pegawai itu tidak menerima alasanku guru baru, malah katanya program perlu dijalankan.

Dengan tekad dan semangatku, aku memperbaik kelemahan diri . Syukur, program Zoom A, mendapat sambutan yang hangat setelah aku memaklumkan kepada murid-murid. Dengan kutipan RM10 , aku mendaftarkan muridku Zoom A. Penggunaan di luar jangkaan. Ramai yang melanggannya. Syukur.. berkat kegigihan dan ketabahanku, aku mampu menjayakan program itu di sekolahku. Kini, aku sudah menggantikan orang lain setelah hampir 4 tahun aku menjadi guru ICT.

TAHUN PERTAMA MENJADI GURU TAHUN 6

2010, aku menjadi guru Bahasa Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Tika itu, muridku hanyalah 28 orang. Kelas yang kupegang itu, merupakan kelas lemah. Sebenarnya aku telahpun mengajar di kelas itu sejak 2009 lagi yang mana tahun itu  merupakan tahun pertamaku di sekolah itu.

Pada mulanya, aku sedikit risau dan takut. Maklum sahajalah kelas peperiksaan. Aku cuba mendalami ilmu bahasa Melayu dengan merujuk Munsyi  Dewan dan berpandukan Tatabahasa Dewan. Aku belajar sedikit demi sedikit teknik untuk murid lulus. Tika itu, ramai rakan guru yang sudah lama mengajar memberikan tunjuk ajar.

November 2010, keputusan UPSR diumumkan. Akulah insan yang paling berdebar-debar. "Dup..dup.." jantungku berdegup kencang bagaikan ribut taufan. Di bilik muafakat, Guru Besar ketika itu Cikgu A. Rahim bin Che'Lah mengumumkan keputusan sekolahku. Kelasku seramai 11 orang mendapat 2A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tika itu, berderai air mataku. Aku memanjat kesyukuran kepada ilahi. Sesungguhnya dengan izin-Nya jualah anak muridku cemerlang dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Terasa kepuasannya aku mengajar mereka.

DI SINILAH AKU MENJADI GURU

2003, aku telah pun digraduasikan sebagai lulusan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sastera ( Sejarah ). Tika itu, aku baru sahaja berusia 25 tahun. Aku mula mencari pekerjaan. Ketika itu, aku masih lagi mendiami kondominum Vista Angkasa di Kampung Kerinchi. Dek kerana aku dalam kalangan keluarga yang susah, aku terpaksa mencari pekerjaan demi menyara kehidupanku di kota raya yang penuh dengan hiburan. Ditambah lagi aku sebagai anak sulung kepada 11 orang adik- beradikku.

Pekerjaan pertamaku , di Bank Southern di Jalan Raja Laut sebagai kerani biasa. Pada mulanya memang seronok. Lama kelamaan, hatiku mula  dihambat rasa bosan. Manakan tidaknya , berhawa dingin dan hanya duduk selama 8 jam. Lebih kurang  tiga bulan  aku bekerja di sana , aku menghantar notis berhenti kerja 24 Jam. Gajinya tidaklah seberapa. Tapi cukuplah untuk aku mengisi perut di kota raya itu. Sebaik sahaja aku berhenti kerja, aku menjadi guru tuisyen.

Kelas tuisyenku di Subang Jaya. Setiap malam, kira-kira pukul 8.00 malam aku menaiki teksi ke sana.Dalam pada itu, aku juga menelefon mana-mana sekolah yang inginkan guru sementara atau guru ganti. Brita baik, aku menjadi guru ganti Sekolah Menengah Jinjang Utara. Hampir setahun juga aku menjadi guru ganti.

2004, aku menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaaan Jinjang Utara. Aku mengajar Bahasa Melayu tahun 4 dan 5. Hatiku bagaikan bunga yang mekar, seronok berhadapan dengan kanak-kanak. Tika itu, aku masih lagi tinggal di kondomium yang sewanya RM1500 sebuah. Aku tinggal seramai15 orang. Padat macam tin ikan sardin. Pagi-pagi lagi aku sudah keluar menaiki bas Metrobus. Aku solat subuh di surau sekolah.

2005 , aku ditawarkan ke Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( LPBS ). Program itu pertama kali dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Abdullah bin Ahmad Badawi yang ketika iu mnjadi Perdana Menteri Malaysia.Kini, program itu tiada lagi . Hanya tinggal program J-Qaf sahaja. Selama setahun 18 bulan aku belajar dan menjadi guru .

2006, aku digraduasikan sebagai guru lepasan maktab. Mengajar di Sekolah Kebangsaan Jinjang Utara . Perkhidmatanku di sana selama 4 tahun hinggalah aku bertukar ke Melaka di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin kerana suamiku berada di sana.

Kini, sudah hampir 9 tahun aku bergelar guru. Opsyenku Bahasa Melayu. Aku makin seronok dengan kerjayaku sebagai pendidik.