Ahad, 9 Mac 2014

NOTA KATA SENDI NAMA

PERBEZAAN ANTARA DAN DI ANTARA

Antara
- Kata sendi nama
- kata kunci - pendapat
- berbincang
- perjanjian
Contoh ayat :
1. Tiada perbezaan pun antara pendapat saya dengan pendapatnya.
2. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak telah selesai.
3. Perjanjian yang dibuat antara kedua-dua buah negara itu telah ditandatangani
semalam.

Di antara 
- merujuk kepada tempat atau arah
Contoh ayat :
1. Rumah itu berada di antara padang bola dengan kedai runcit.
2. Farhan duduk di antara Kamil dengan Hans di dalam kelasnya.

BAHASA MELAYU BAHAGIAN A


Tulis lima ayat lengkap tentang peta.

1              Terdapat tiga penginapan yang disediakan di Kampung sentosa iaitu Hotel Sentosa, Sentosa   Inn, dan Seri Sentosa Resort.

2              Sentosa Inn, Pantai Sentosa dan Seri Sentosa Resort terletak di  Jalan Sentosa.

3              Hutan Rekreasi Seri Sentosa menyediakan tapak perkhemahan untuk pengunjung.

4              Pantai Seri Sentosa yang cantik itu terletak di antara Sentosa Inn dengan Seri Sentosa Resort.


5              Banyak kemudahan yang disediakan di kawasan pelancongan di Kampung Sentosa seperti resort, hotel , masjid dan perkhidmatan bas.

KARANGAN LENGKAP -LAPORAN

Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke pameran buku. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAMERAN BUKU

            Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Air Baruk telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku. Lawatan itu telah diadakan pada 12 Februari 2014 bersamaan hari Selasa. Lawatan ke pameran buku itu diadakan di ruang legar pusat beli- belah Mydin yang terletak di Bandar Jasin. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah. Seramai 40 orang murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun 4 , 5 dan 6 serta empat orang guru pengiring telah menyertai lawatan itu.

            Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk memberi peluang murid-murid menyertai lawatan sambil belajar dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan dan guru. Selain itu, lawatan ini dapat menanam minat murid dalam membaca pelbagai jenis buku.

            Dalam pameran itu, pelbagai jenis buku telah dipamerkan kepada para pengunjung. Antara buku-buku itu ialah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Buku fiksyen seperti buku-buku cerita paling banyak dipamerkan manakala buku bukan fiksyen ialah buku berbentuk ilmiah  seperti sejarah , buku ensiklopedia dan lain-lain turut menghiasi rak buku di pameran itu.Kebanyakannya penerbit dan penjual buku datang dari seluruh Malaysia.

            Selain pameran buku, ada juga gerai-gerai jualan buku  terpakai dan jualan buku baru. Penerbit dan penjual buku juga datang dari seluruh Malaysia. Para pengunjung diberi diskaun sebanyak 25 peratus daripada harga asal. Harga itu sangat murah berbanding dengan harga di kedai-kedai buku. Di kesempatan itu juga, kami turut diberi masa untuk membeli buku. Kebanyakannya membeli buku cerita dan majalah kartun. Harga kedua-dua buah buku itu ialah RM10.00.

            Selain gerai jualan, ada juga pertandingan untuk memeriahkan lagi pameran buku . Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bercerita kanak-kanak, pertandingan mewarna kulit buku dan pertandingan ejaan bahasa Inggeris. Kami telah menyertai pertandingan ejaan bahasa Inggeris. Kami berasa seronok walaupun kami tidak menang tempat pertama. Hadiah yang kami dapat ialah sebuah buku cerita bahasa Inggeris.
          

            Lawatan ini memang menyeronokkan kami. Semangat untuk kami membaca semakin mendalam. Kami juga berharap agar pameran buku diteruskan dari masa ke masa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Laporan disediakan oleh,                                                              15  Februari 2014
               Hanis
( HANIS SURAYA BINTI MOHD )
Setiusaha Persatuan Bahasa Melayu



BAHASA MELAYU TAHUN 6 -RANGKA KARANGAN LAPORAN

Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke pameran buku. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan itu selengkapnya.
FORMAT
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAMERAN BUKU
                                               Atau
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Pameran Buku

Pendahuluan
-       Bila lawatan itu diadakan ?
·         Hari Selasa bersamaan pada 12 Februari 2014
-       Di mana lawatan itu ?
·         Di ruang legar pusat beli-belah Mydin di Bandar Jasin
-       Pukul berapa bertolak dari sekolah ?
·         Pukul 8.30 pagi
-       Menaiki apa ?
·         Bas sekolah
-       Berapa orang peserta dan guru pengiring ?
·         40 orang murid dari tahap dua tahun 4, 5 dan 6 serta empat orang guru pengiring.
Isi 1 perenggan 2
-       Apa tujuan lawatan itu diadakan ?
·         Memberi peluang murid-murid menyertai lawatan itu dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan.
·         Selain itu, menanamkan minat murid untuk membaca pelbagai jenis buku.
Isi 2 Perenggan 3
-       Apa yang menarik di pameran itu ?
·         Pelbagai jenis buku dipamerkan seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen.
-       Apa contohnya?
·         Contoh buku fiksyen ialah buku-buku cerita manakala buku bukan fiksyen ialah buku berbentuk ilmiah seperti sejarah, ensiklopedia dan lain-lain.
-       Dari mana datangnya buku-buku yang dipamerkan itu ?
·         Buku-buku itu datang daripada penjual dan penerbit yang berbeza dari seluruh Malaysia.

Isi 3 Perenggan 4
-       Apa lagi yang ada di sana ?
·         Ada juga gerai jualan buku terpakai dan buku baru.
-       Dari mana ?
·         Penerbit dan penjual yang datang dari seluruh Malaysia.
-       Bagaimana harganya?
·         Pengunjung diberi 25 peratus diskaun .
·         Sangat murah berbanding membeli buku di kedai-kedai buku.
-       Apa buku yang kamu dan rakan beli ?
·         Kami membeli buku cerita dan majalah kartun.
-       Harganya berapa ?
·         RM10.00 kedua-dua buah buku itu.

Isi 4 Perenggan 5
-       Apa aktiviti yang ada di pameran itu ?
·         Pertandingan bercerita kanak-kanak
·         Pertandingan mewarna kulit buku
·         Pertandingan ejaan bahasa Inggeris.
-       Bagaimana sambutannya ?
·         Sangat meriah.
-       Kamu dan rakan masuk pertandingan apa ?
·         Kami masuk pertandingan ejaan bahasa Inggeris.
-       Apa perasaan ?
·         Seronok walaupun tidak menang.

Penutup
-       Lawatan ini memang menyeronokkan kami. Semangat untuk kami membaca semakin mendalam. Kami juga berharap agar pameran buku diteruskan dari masa ke masa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Laporan disediakan oleh,                                                              15  Februari 2014
               Hanis
( HANIS SURAYA BINTI MOHD )

Setiusaha Persatuan Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU TAHUN 6 - RANGKA KARANGAN CATATAN

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang bercuti  bersama-sama keluarga kamu di tempat yang menarik. Tulis catatan kamu tentang percutian  itu.

Format
Sabtu, 2 Disember 2013,
    Pendahuluan
-          Pukul berapa bertolak dari rumah ? – Pukul  8.30 pagi.
-          Ke mana tempatnya ?- Ke Terengganu
-          Pergi naik apa ?- menaiki kereta Wira yang dipandu oleh ayah.
-          Bagaimana perasaan – Berasa sangat seronok dan teruja.
-          Kenapa berasa seronok ?- Dapat bercuti bersama-sama keluarga tersayang.
Isi 1 perenggan 2
-          Pukul berapa tiba di Kuala Terengganu ?- Tiba pada pukul 6.30 petang.
-          Menginap di mana ?- Menginap di Resort Puteri
-          Di mana letaknya  ?- Di  tepi pantai Batu Buruk.
-          Bagaimana keadaan resort itu ?- Sungguh cantik ukiran kayunya dan sangat selesa.
-          Ada kemudahan apa ?- Dilengkapi dengan televisyen, astro, talian internet.
-          Bagaimana reaksi kamu dan keluarga?- berpuas hati.

 Ahad, 3 Disember 2013
            Isi 2 Perenggan 3
-          Di mana tempat lawatan ?- Melawat Muzium Negeri Terengganu.
-          Apa menariknya muzium itu ?- Mempunyai batu bersurat yang bertulisan jawi.
-           Apa ada di dalam muzium itu ?- Mempunyai banyak galeri seperti Galeri DIraja, Galeri Sejarah.                                  
-          Apa yang kamu dapat di situ ?- pengetahuan tentang sejarah negeri Terengganu.

Isi 3 Perenggan 4
-          Mana tempat lawatan lagi ?-  Pergi ke tempat mencanting dan mengecap batik.
-          Di mana ?- Di kawasan perkampungan .
-          Apa yang ada di situ ?- jualan batik
-          Bagaimana harganya- sangat murah berbanding di tempat lain.
-          Bagaimana coraknya ?- Cantik cantik dan unik. Kebanyakannya bercorakkan flora


Isnin, 4 Disember 2013
            Isi 4 Perenggan 5
-          Mana lagi tempat lawatan ? – Ke kilang membuat keropok lekor.
-          Di mana ?- juga di kawasan perkampungan nelayan.
-          Apa pengalaman di sana ?- diberi peluang mencuba membuat keropok dan merasa keropok
-          Apa rasanya- terasa ikan segar .
-          Bagaimana perasaan ? – Seronok .

Penutup
-          Kami berasa kagum akan keunikan yang ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum perempuan yang lebih ramai berniaga daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik oleh layanan masyarakat setempat yang begitu ramah melayan setiap pelancong yang datang ke negeri mereka.



BAHASA MELAYU TAHUN 6 - KARANGAN CATATAN

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang bercuti  bersama-sama keluarga kamu di tempat yang menarik. Tulis catatan kamu tentang percutian  itu.

Sabtu, 2 Disember 2013,
            Tepat  pada pukul 8.30 pagi , saya  dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke Kuala Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu oleh ayah. Saya berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat bercuti bersama-sama keluarga tersayang.

            Kami tiba di Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang. Ayah terus memandu ke Resort Puteri . Resort itu terletak  di tepi pantai Batu Buruk. Apabila kami tiba di sana, kami terpesona dengan keunikan resort itu. Resort itu sungguh cantik dengan ukiran kayunya yang unik. Kami berasa sungguh selesa menginap di sana. Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti televisyen, astro, talian Internet dan lain-lain. Kami sungguh berpuas hati  dengan  resort itu.     
 
Ahad, 3 Disember 2013
            Tempat lawatan pertama kami ialah di Muzium Negeri Terengganu. Muzium itu menyimpan semua sejarah negeri Terengganu . Di situ juga ada tersimpan batu bersurat yang bertulisan jawi. Di dalam muzium itu juga ada banyak galeri seperti Galeri Diraja, Galeri Sejarah dan lain-lain. Di situ, para pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar. Setelah melihat dan membaca catatan yang ada di dalam muzium itu, saya dapat banyak pengetahuan sejarah Negeri Terengganu.

            Selain muzium, kami juga melawat ke tempat mencanting dan mengecap batik. Tempat itu terletak di kawasan perkampungan. Selain mencanting dan mengecap batik, ada juga jualan batik. Harganya juga sangat murah berbanding di tempat lain. Corak batik yang dicap dan decanting itu sangat cantik-cantik dan unik belaka. Kebanyakannya bercorakkan flora.

            Sebelum pulang, kami sempat melawat ke kilang memproses dan membuat keropok  lekor. Kilang itu terletak di kawasan perkampungan nelayan.Saya juga diberi peluang mengadun tepung bersama dengan ikan untuk membuat keropok lekor. Selain itu, kami juga merasa keropok lekor asli. Memang sedap. Terasa ikannya yang segar. Saya begitu seronok sepanjang lawatan bersama dengan keluarga di sana.


Kami berasa kagum akan keunikan yang ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum perempuan yang lebih ramai berniaga daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik oleh layanan masyarakat setempat yang begitu ramah melayan setiap pelancong yang datang ke negeri mereka.

BAHASA MELAYU TAHUN 4


LATIHAN 
Baca petikan , kemudian senaraikan idea utama berdasarkan idea sampingan yang diberikan.




Idea utama
Idea sampingan



1. Sehubungan dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri.



1 Tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas.

1 seperti  karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian.

2. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan  pemakanan yang seimbang.

3. Apatah lagi, makanan seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan penyakit.


1 Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang.

2 Hal ini demikian, kerana mereka  selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan.

3 Akibatnya tubuh badan mereka lemah dan selalu sakit.


1 Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.